Wednesday, June 17, 2009

kursus bina semangat~~,

9/06/09

ketibaan para peserta.. pembentukan kumpulan masing2.. akhirnya kumpulan aku memilih name da bomb.. hahha.. ganaz x ganaz.. malamnye kami ade kembara malam.. huhu. seronok bangat sihh.. nasib baik tali kasut da diikat seketat-ketatnya. klau x mahunye tenggelam dlam tanah selut.. sampai ke dada tu. Mlam2 menyelinap dalam hutan paya bakau yang masin tu.. hari first lagi aku da batuk2..

10/06/09

harini sangat menguji jati diri.. haha.. pagi2 dah kawad. than lepas kawad , kitorang jadi musang terbang atau erti kata lain flying fox.. lepas tu repailing.. haha.. mule2 tu mase da nk flying without wings tu aku tgk la kat bawah.. Ya Allah rase mcm gayat giler.. tingginye.. huuuuuu.. than petangnye ade ceramah.. lpas tu br ade merentas desa n senaman panas badan.. haha..mlm lak dengar ceramh.. pastu kitorang kene duk dlm kump wat bendera masing2.. tgh sedap2 wat bendera.. tibe2 kami diarahkan keluar ke dataran. adoila.. kene denda la plak.. mlm2 kn tekan tubi.. uwarghhhhh.. macam2 bebelan yang terpaksa didengar.. kul 2 gak leh balik masing2 n tdo....

11/06/09

mcm biase acara kawad pagi2 bute sblm sarap. pastu kitorang ade aktiviti berakit. seronok x ingt beb.. akhirnya setelah kump kami mendahului kump lain,salah sorang dari kump kami terjatuh dlm laut.. maka aktiviti menyelamat lebih penting.. huhu.. kami terpaksa redha dengan kekalahan kami.. wakakaka.. petangnye pulak kami berjalan ke hutan aktiviti "junggle trekking".. disini mcm2 dpt dipelajari ngn pak awi, seorang yang amat berpngalaman dengan akar2 kayu dan herba dari hutan.. banyak ilmu yg dpt dipelajari dengn pak awi. tgh kyusyuk mendengar celoteh pak awi, tibe2 hujan turun dengan lebatnya.. apa lagi.. kami pon lari lintang pukanglah.. hahahaha..

12/06/09

pagi2 lagi tgk sunrise..ya Allah, cantiknya ciptaanMu.. arini aktiviti berkayak.. huhu.. syok gak aktiviti2 kat laut ni.. maunye xpenat.. tangan kene kuat la.. lepas berkayak, terjun laut la mandi.. hahaha.. syok arr beb.. petangnye lak cume ade presentation bendera kumpulan masing2.. huhu.. ketua da bomb mmg da bomb la.. hua hua hua..

13/06/09

lepas berkawad, kitorang ade aktiviti dlm hutan plak.. kitorng menggunakan kompas untuk sampai ke checkpoint. huhu.. mcm biase la dlm hutan pon nak bergambar.. ade gak arr berjalan smp 5 km.. penat x ingt.. huhu.. petangnye kitorang prepare untuk persembahan malam nnt. kumpulan kami pilih lakonan.. haha.. susah aku nk gambarkan betapa lawaknya malam itu.. kui3x.

14/06/09

harini siap2 nak balik je.. huhu ade la majlis penutup n masing2 dapat sijil masing2.. alkisahnye.. kul 12.30 berangkat... sampai jb kul 4.30.. ade benti kat mersing singgah beli kopok lekor.. huhu, tu yg smp lambat sket tu.. kla.. dah dapat gambar dr cameraman nnt aku upload kan gambar2 nye k.. sekian ..

Tuesday, June 2, 2009

Perjuangan yang tidak pernah abess

"Hidup ini adalah perjuangan. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan pula memerlukan kekuatan. Kekuatan perlu dipupuk dan dibajai selalu. Oleh itu apabila setiap kali kita jatuh dalam hidup ini, kita mesti terus bangun . Bergerak berRerti masih hidup. Kalau hidup mesti teruskan perjuangan ini."

Aku terbace satu artikel yg menarik dan boleh kita same-same hayati. Semoga dapat manfaat bersama .. :).. Selamat membaca..

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu. Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau takanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal. Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi""Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya. Nikmatilah kehidupan yang ada...

"Sesungguhnya hari kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu dan telah habis waktunya sedang hari esok tinggallah harapan yang indah. Adapun hari ini adalah realiti yang sebenarnya"